Silaj

Silaj

Makanan ternakan hasil daripada pemeraman foder basah atau bahan sampingan pertanian yang disimpan ditempat yang kedap udara. Tanaman yang biasanya dibuat silaj ialah jagung, sekoi dan rumput-rumput seperti rumput gajah, rumpyt kuda, rumput pangola dan rumput para. Diantara bahan sampingan pertanian yang mungkin boleh dibuat silaj ialah seperti kulit koko, buangan kilang nenas, kulit kopi, pelepah kelapa sawit, jerami padi dan sisa tanaman jagong.
Tujuan utama pengeluaran silaj adalah untuk menyimpan foder atau bahan makanan ternakan tanpa mengurangkan mutu pemakanan dan silaj yang dihasilkan digunakan terutama ketika kekurangan foder atau bahan makanan ternakan.
Perinsip penting dalam pembuatan silaj, ialah penyimpanan yang terhindar dari oksijan dan mengelakkan dari pereputan (decomposition) semasa penyimpanan. Bahan-bahan yang hendak dijadikan silaj diperam didalam silo. Silo ialah satu struktur yang kedap udara. Ini menyebabkan bahan-bahan yang disimpan didalam silo tidak terdapat oksigen. Apa yang berlaku ketika pemeraman itu ialah karbohaidrat dalam bahan yang diperam bertukar menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria-bakteria anaerobik.
Asid-asid ini akan merendahkan pH yan menebabkan proses biokimia dalam bahan-bahan yang diperam terhenti. Dengan ini bahan-bahan yang diperam akan disimpan dengan baik dan mutu pemakanan tidaklah begitu terjejas. bahan-bahan aditif seperti bijiran, asid formik, formaldehyde, asid propionik, garam biasa, amonia dan enzim sering juga ditambah untuk membaiki proses pemeraman.
Tanaman jagong telah diketahui dapat diperam menjadi silaj yang baik, diterima makan oleh ternakan dan dapat mengeluarkan hasil ternakan yang memuaskan. Untuk kawasan-kawasan yang agak kering, kegunaan tanaman sekoi boleh dipraktikkan. Tanaman sekoi mengandungai kandungan gula yang tinggi dan dapat menghasilkan silaj yang baik, tetapi kandungan asid prussik dalam sekoi boleh meracunkan ternakan, terutama sekali jika skoi dipotong terlalu muda atau tanaman didalam keadaan tekanan kemarau (stress periods) kemudaratan tidak akan berlaku jika sekoi diperam sebelum diberi makan.
Mutu silaj adalah bergantung kepada bahan asal pemeraman dan selalunya adalah lebeh rendah dari tanaman asal. Mutu dipengaruhi oleh kaedah pemeraman silaj, pemeraman yang menggalakan haba yang keterlaluan, tidak memadatkan bahan dengan betul, kandungan air yang terlalu rendah mengakibatkan silaj menjadi warna hitam atau coklat. Terlalu banyak kandungan air dalam tanah menyebabkan lelehan nutrien yang banyak dan merugikan.
Keperluan untuk menghasiklan silaj yang baik
Menghidarkan dari udara (silo yang kedap udara) untuk mengurangkan pernafasan sel-sel dan aktiviti enzim
Kandungan air dalam bahan diantara 65-75%
Kandungan karbohaidrat yang mencukupi (lebeh dari 3%) jika bijiran tidak menjadi bahan yang diperam, penambahan unsur karbohaidrat seperti jagung atau molasses adalah perlu untuk mengalakan pengeluaran asid asetik atau laktik dan menghindarkan aktiviti bakteria asid butitik.
Bahan hendaklah dipadatkan didalam silo dan pemeraman dilakukan dengan secepat mungkin.
Elakan foder yang diperam dari bercampur dengan bahan-bahan asing seperti tanah dan sebagainya.
Sifat-sifat silaj yang baika. Ph (tahap kemasaman) 4.5b. Kandungan asid laktik 3 - 13 %c. Kandungan asid butirik 0.2 %d. Warna Hijau - kekuningan / hijau keperangane. Bau Menyenangkan, tidak busuk, saolah-olah bau cukaf. Tahap basah Tidak ada lilihan nutrieng. Keperisiaan Boleh diterima makan oleh ternakanh. Nilai pemakanan Hampir-hampir menyerupai dengan bahan -bahan asal
Kehilangan nutrien dalam proses pemeraman silajPemeraman melibatkan perubahan kimia, jadi kehilangan nutrien tidak dapat dielakkan tetapi dapat dikurangkan. Jenis-jenis kehilangan ialah:-
Kehilangan nutrien (seepage losses) dalam benruk karbohidrat larutan air atau asid-asid meruap adalah dianggarkan 10 % dari bahan kering. Ini boleh dikurangkan dengan memotong foraj apabila mencapai tahap berat kering 30 - 35 % atau melayukan foder ketahap 65-75 % kandungan air sebelum diperam atau menambah bahan-bahan seperti jerami padi atau tongkol-tongkol jagong sebagai bahan mendap.
Kehilangan nutrien disebabkan oleh proses fermentasi ialah dianggarkan 5 % hingga 10 %
Kerosakan dipermukaan silaj dan juga dinding silo juga berlaku. kerosakan ini ialah diantara 0-25 % bergantung samada foder itu dipotong halus, padatan yang elok, kemasukan air hujan dan kegunaan penutup plastik yang baik.
Ada juga kerugian semasa memotong foder diladang
Jenis-jenis silo
Tower - silo (silo bulat)
Trench silo (silo dalam tanah)
Bunker silo (silo atas tanah)
Plastik covered stack silo (menutup longgokan rumput dengan kain plastik)

MENGUNAKAN SEMULA SISA TANAMAN (BATANG) JAGUNG UNTUK MAKANAN (SILAJ)TERNAKAN LEMBU PEDAGING

PROSES MEMBUAT SILAJ BATANG JAGUNG (100 KG)
Batang jagung segar dicincangMasuk dan memampatkanKedalam bekas kedap udaraSiram dengan larutanGaram 1kg.+ UREA 1/2 kg.Molases 1kg. + Air 4 literTutup rapat(Kedap udara)Peram selama 21 hari silaj(Warna hijau kekuningan & Wangi seperti bau cuka)

di petik dari:
http://www.jphpk.gov.my/Malay/Kadar/Agro_Silag.htm